Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Ais, salji dilaporkan di Gunung Fansipan, Vietnam

LAO CHAI, VIETNAM, 21 JAN – Ais dan salji telah dikesan di gunung tertinggi Vietnam, Gunung Fansipan, akibat hujan mencurah-curah dan suhu mencapai takat beku hari ini.

Hujan renyai-renyai bercampur salji berlaku selama kira-kira 10 minit pada 6:30 pagi, mengakibatkan lapisan nipis ais terbentuk di Gunung Fansipan dan kawasan berhampiran, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan seorang pekerja di stesen kereta kabel Fansipan.

Hujan disertai salji pertama kali berlaku di gunung ini yang terletak di wilayah Lao Cai, sejak musim sejuk bermula pada 2021.

Ia merupakan fenomena yang jarang berlaku di Vietnam dan hanya direkodkan di kawasan pergunungan tinggi wilayah utara pada musim sejuk.

Sektor pelancongan menjangka cuaca seumpamanya itu akan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan pelancongan nasional Sa Pa ketika cuti Tahun Baharu Lunar (Tet) akan datang. – Bernama

Lapisan ais menyelubungi gunung Fansipan pada 21 Januari. – ANN/Vietnam News
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -