Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Aisha Retno tampil dengan Sutera

    Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaharu buat para peminat menerusi single Sutera.

    Mendengar pada tajuknya sahaja, pasti ramai yang dapat meneka bahawa penceritaan lagu ini disampaikan secara metafora.

    Gadis berdarah campuran Malaysia-Indonesia itu akui bahawa Sutera berkisarkan kisah seorang permaisuri Jawa yang pernah dilukai oleh beberapa orang lelaki pada masa lalu.

    Penceritaan Sutera tidak hanya terhenti di sana kerana ia turut disulami dengan mesej untuk memperkasakan kaum wanita.

    “Lagu ini adalah lambang seorang permaisuri Jawa. Kita tahu sutera sifatnya lembut, agung dan amat dihargai oleh ramai orang.

    Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera. – Agensi

    “Bagaimanapun, kalau dirosakkan kain itu, habislah tercemar keagungannya.

    Begitulah juga dengan permaisuri Jawa itu, kalau ada orang yang pernah sakiti hatinya di masa lalu, maka tercemarlah juga perasaannya,” katanya.

    Berbicara tentang kelainan yang ditampilkan dalam Sutera, Aisha mengatakan gabungan elemen etnik Jawa dan muzik moden EDM menjanjikan perbezaan berbanding lagu-lagunya yang terdahulu.

    “Saya banyak memasukkan elemen-elemen etnik dalam lagu ini, tentunya berbeza kerana sebelum ini saya selalu lancarkan lagu genre balada sahaja.

    “Tapi kali ini, saya tampil dengan genre berbeza dan turut menyelit elemen tarian dalam muzik videonya.

    “Lagu ini sangat catchy, elemen etnik benar-benar membuatkannya istimewa.

    “Di sebalik bunyi etnik atau tradisional itu turut diselitkan elemen moden seperti EDM. Gabungan dua genre inilah yang menambah warna kepada lagu ini,” katanya.

    Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu berkongsi tentang cabaran menghasilkan pertaruhan terbaharunya itu.

    Menurutnya, dia perlu mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Oleh yang demikian, Aisha berharap Sutera mendapat putaran radio selayaknya dan mampu menghiburkan hati para peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...