Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Aishah Ilias sedar nama kurang popular

    Pada 2014 nama pelakon Aishah Ilias menjadi bualan dan hangat diperkatakan ketika drama bersiri lakonannya berjudul Cinta Ibadah ditayangkan.

    Ketika itu, lakonannya bukan sahaja menyerlah malah dilihat mampu menjadi pelapis pelakon wanita apatah lagi bakat dan rupa paras yang cantik boleh membawanya pergi jauh dalam industri hiburan.

    Walaupun begitu, Aishah atau Siti Aishah Ilias, 35, tiba-tiba menghilangkan diri daripada radar industri hiburan tanah air dan katanya perkara itu berpunca daripada beberapa perkara yang sukar dijelaskan secara terbuka.

    “Ya masa itu saya hilang. Sebenarnya ada sebab ia berlaku, tetapi saya tidak boleh untuk mendedahkannya kerana ia melibatkan soal keluarga.

    “Disebabkan itu saya pilih untuk ‘rehat’ sekejap dan apabila semuanya sudah selesai, sekarang saya kembali semula berlakon,” katanya kepada mStar.

    Aishah tidak melihat pelakon baharu sebagai pesaingnya, tetapi sebaliknya menganggap rezeki masing-masing sudah ditentukan. – Agensi

    Mengakui namanya kurang popular berbanding rakan-rakan seangkatan seperti gandingannya dalam Cinta Ibadah iaitu Fattah Amin, namun Aishah tidak menganggap perkara itu sebagai satu tekanan.

    Sebaliknya kata Aishah, sepanjang ‘berehat’, dia sebenarnya masih bergiat aktif namun lebih memilih projek yang ditawarkan kepadanya.

    “Saya memang ada, bukan senyap. Tawaran berlakon yang kadangkala kurang menarik membuatkan saya perlu teliti.

    Maklum saja cerita Melayu balik-balik ‘Megah Holding’.

    “Tawaran cerita begitu ada dan memang saya terima, namun tidak kena dengan minat. Walaupun nama saya kurang popular, tetapi sebilangan watak kurang sesuai dengan saya seperti watak kampung,” jelasnya.

    Aishah juga tidak melihat sikapnya yang memilih itu akan menjejaskan kedudukan sebagai pelakon berpengalaman.

    “Persaingan dengan artis baru itu memang ada. Itu rezeki masing-masing kerana sebagai contoh Che Ta (Rozita Che Wan) turut memulakan kerjaya lakonan agak lambat, tetapi meletup sehingga sekarang,” ujar Aishah.

    Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Aishah kini muncul menerusi filem berjudul Musyrik – Api Neraka Menantimu yang digandingkan bersama Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, Ruhainies, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...