Aishwarya Rai akui anaknya suka Ranbir Kapoor

Pengikut setia industri hiburan Bollywood pasti mengenali aktor popular Ranbir Kapoor.

Bukan sahaja memiliki kredibiliti dalam bidang lakonan, malah kekasih kepada aktres Alia Bhatt itu turut memukau ramai wanita.

Kemunculan pertama beliau dalam industri juga hangat diperkatakan terutama melibatkan tarian yang dilakonkan menerusi filem Saawariya.

Sejak itu namanya sentiasa menjadi sebutan selain pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular Deepika Padukone dan Katrina Kaif.

Bukan sekadar wanita dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali menyukai sepupu kepada Kareena dan Karisma Kapoor itu. Mengakui perkara tersebut agak melucukan, Aishwarya Rai memberitahu anaknya, Aradhya pernah ‘tergila-gilakan’ Ranbir.

Puteri tunggal kepada pasangan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan itu juga pernah memeluk Ranbir secara tidak sengaja ketika berada di lokasi penggambaran filem Dil Hai Mushkil saat menemani ibunya.

Kata Aishwarya, Aradhya secara tiba-tiba berubah sikap menjadi pemalu dan sentiasa menjaga penampilan diri terutama apabila melihat Ranbir.

“Anak saya memang mempunyai crush dengan Ranbir dan sangat menyukainya. Pernah suatu ketika, dia (Aradhya) telah berlari ke arah Ranbir dan memeluknya kerana menyangka beliau ialah bapanya. – Agensi

Aishwarya Rai memberitahu anaknya, Aradhya pernah ‘tergila-gilakan’ Ranbir. – Agensi