Aishwarya Rai dan anak disahkan bebas COVID-19

Aktres terkenal Bollywood Aishwarya Rai dan anak perempuannya Aaradhya disahkan negatif COVID-19.

Berita itu dikongsi suaminya yang juga pelakon Abhishek Bachchan menerusi laman Twitter baru-baru ini.

Aishwarya dan anaknya dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif virus itu pada 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, Abhishek dan bapanya pelakon terkenal Amitabh Bachchan yang terdahulu disahkan positif virus itu masih di bawah pemerhatian pihak perubatan.

Sebelumnya, Amitabh Bachchan, 77 dan Abhishek, 44, disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital, di kampung halamannya di Mumbai.

Aishwarya Rai dan anak perempuannya kini telah disahkan negatif COVID-19 selepas disahkan positif virus itu pada 12 Julai lalu.
– Agensi

Dalam pada itu, laman sosial Amitabh dan Abhishek dibanjiri dengan ucapan oleh selebriti dan ahli politik India supaya mereka cepat sembuh.

Terdahlulu, Amitabh turut memaklumkan dalam ciapan di Twitternya, meminta orang yang ada kontak rapat dengannya supaya membuat ujian saringan.

“Terima kasih atas doa dan ucapan yang diberikan. Saya rasa sangat terhutang budi. Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan negatif dan dibenarkan pulang.

“Mereka sekarang berada di rumah. Saya dan ayah masih di hospital bawah jagaan staf perubatan,” tulis Abhishek.

Abhishek Amitabh telah disahkan positif COVID-19 pada 11 Julai lalu. Sebaik saja keputusan pemeriksaan tersebut dikeluarkan, mereka dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya. – Agensi