Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Aiskrim musang king hasil tangan usahawan dapat sambutan

    ALOR SETAR – Aiskrim Durian Musang King hasil tangan usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) antara manisan istimewa buat pengunjung di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah.

    Haniza Abdullah, 52, yang mula menjalankan perniagaan aiskrim ‘Kimboo Ice Cream’ sejak dua tahun lepas di negeri Jelapang Padi ini, berkata aiskrim buatannya tidak mengandungi sebarang pengawet dan pewarna serta hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi.

    Mengenai penyertaan dalam Jelajah AKM Negeri Kedah sejak Jumaat lalu, beliau berkata Kimboo Ice Cream berjaya meriah hasil jualan hampir RM3,000 setakat dua hari berniaga walaupun kadangkala hujan sekitar sini. 

    “Selain Durian Musang King, kami turut sediakan pelbagai perisa termasuk Durian D24, coklat, strawberi, oreo, asam boi, buah naga, kiwi, mocha, kapucino dan jagung.

    “Aiskrim kami jual pada harga RM1.50 hingga RM10, bergantung kepada jenis dan kos bahan mentah… kita menjaga kualiti sebab kita buat (aiskrim yang dijual) seperti mana kita nak makan,” katanya kepada Bernama. 

    Aiskrim Durian Musang King buatan usahawan Malaysia menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) antara manisan istimewa buat para pengunjung di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kedah. – Bernama

    Haniza berkata selain menjual dan mengedar aiskrim itu di Kedah, beliau turut menjalankan perniagaan secara bayar waktu terima (COD) di beberapa negeri termasuk Perak dan Pulau Pinang.

    Berpusat di Bazar Mara Bukit Jenun, Pendang, Haniza turut bergiat aktif mempromosikan perniagaannya dengan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bulan lepas.

    Beliau berkata KEDA turut menyumbang kepada keberhasilan perniagaannya dengan menyediakan mesin pembuatan aiskrim yang boleh menghasilkan 160 batang aiskrim dalam masa 30 minit.

    Jelajah AKM Negeri Kedah selama tiga hari yang bermula Jumaat lalu berakhir kelmarin dan ia adalah edisi kesembilan selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

    Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...