Aiskrim unik, pelik

DI kala panas membahang dan di bawah terik mentari, aiskrim yang sejuk dan dingin pastinya menjadi pilihan selain daripada cendol dan ais batu campur, ABC. Selain golongan kanak-kanak, orang dewasa juga tidak kurangnya gemarkan aiskrim. Perisanya yang pelbagai dan menarik membuatkan aiskrim menjadi kegilaan ramai.

Aiskrim ditawarkan dengan pelbagai harga, terserah anda untuk memilih aiskrim yang murah di tepian jalan atau menikmati aiskrim yang agak mahal harganya di kafe atau pasar raya besar. Sesetengah para ibu lebih selesa menyediakan sendiri aiskrim di rumah khas buat anak-anak tercinta. Di sini dikongsikan beberapa perisa aiskrim yang unik dan pelik di dunia:

Aiskrim Nasi Lemak

Siapa bilang, nasil lemak hanya boleh dinikmati di waktu pagi dan diambil sebagai sarapan semata-mata. Kini, nasi lemak telah diinovasi menjadi makanan yang lain. Jika selama ini kita hanya menikmati nasi lemak dalam bentuk makanan kukus sahaja, kini ia telah menjadi sebahagian daripada pencuci mulut iaitu aiskrim nasi lemak.

Aiskrim berperisa nasi lemak ini secara umumnya mempunyai rasa nasi lemak dengan tekstur yang lebih berkrim dengan perisa pedas daripada sambal dan ikan bilis yang diletakkan sebagai hiasan di atas aiskrim.

Barangkali terlampau bosan dengan perisa aiskrim yang manis semata-mata, sebuah restoran di Itali tampil kreatif dengan menghasilkan aiskrim yang memiliki rasa paling pedas di dunia. – Agensi
Kini, nasi lemak telah diinovasi menjadi makanan yang lain. Jika selama ini kita hanya menikmati nasi lemak dalam bentuk makanan kukus sahaja, kini ia telah menjadi sebahagian daripada pencuci mulut iaitu aiskrim nasi lemak. – Agensi

Aiskrim Pedas

Barangkali terlampau bosan dengan perisa aiskrim yang manis semata-mata, sebuah restoran di Itali tampil kreatif dengan menghasilkan aiskrim yang memiliki rasa paling pedas di dunia. Selaku pemilik kafe, Martin Bandoni telah mengelar aiskrim tersebut sebagai Respiro Del Diavolo, dihasilkan sempena meraikan Valentine’s Day.

Sebelum menikmati aiskrim ini, setiap pelanggan yang bercita-cita untuk membeli aiskrim ini akan diminta untuk menandatangani surat perjanjian bagi membuktikan pihak kafe tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perkara yang tidak diingini.

Aiskrim Perisa Makanan Laut

Barangkali di negara kita agak janggal menikmati aiskrim berperisa makanan laut seperti sotong atau ikan. Namun di sesetengah negara Asia Timur termasuklah Jepun dan Korea, aiskrim ini adalah menjadi pilihan ramai dan cukup popular di sana.

Selain aiskrim berperisa sotong kurita, aiskrim perisa sardin juga mendapat permintaan yang cukup tinggi di sana. Bayangkan anda menikmati ikan sardin dalam bentuk aiskrim, agak-agak boleh terima atau tidak? – Agensi