Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    AITI anjur Bengkel Pemasaran Digital

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 11 April – Bagi membantu ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK) untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas, AITI telah mengadakan Bengkel Pemasaran Digital (Digital Marketing Workshop) selama dua hari bermula hari ini di dewan kediaman rasmi Pegawai Daerah Tutong.

    Seramai 18 peserta terdiri daripada ahli-ahli MPK Daerah Tutong telah menyertai bengkel yang turut dihadiri oleh Pengurus Kanan Unit Pembangunan ICT, AITI, Hajah Ismawati binti Haji Ismail.

    Menurut Hajah Ismawati ketika ditemu bual Media Permata pagi tadi, bengkel tersebut merupakan kesinambungan daripada program-program pembangunan Website (laman web) yang pernah dijalankan pada penghujung tahun 2017. Daripada program tersebut, program ini diteruskan lagi dan kali ini menjurus kepada online marketing program.

    Adapun tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pameran asas kepada peserta-peserta khususnya ahli-ahli MPK dan mengetahui lebih lanjut agar mereka dapat memasarkan produk mereka di dalam dan di luar negara melalui platform online seperti yang telah disediakan di negara ini: naindah.com dan Cube Junction.

    Antara yang hadir semasa Bengkel Pemasaran Digital yang dijalankan khusus bagi ahli-ahli MPK Daerah Tutong, kelmarin.

    Semasa bengkel tersebut juga, para peserta telah didedahkan cara-cara memasarkan produk-produk mereka melalui media sosial.

    Mereka juga diajarkan mereka cipta poster produk supaya produk mereka lebih menarik perhatian pelanggan-pelanggan di dalam dan luar negara, jelasnya.

    Hadir bagi menyampaikan bengkel berkenaan adalah terdiri daripada fasilitator yang merupakan online provider di negara ini dari Cube Junction.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda