AITI anjur seminar teknologi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Pihak Berkuasa Industri Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), baru-baru ini, telah menganjurkan Seminar Peluang-peluang Teknologi Baharu untuk mempromosikan dan mengalakkan penggunaan teknologi digital baharu dalam kalangan sektor perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dan operasi perniagaan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AITI, seminar yang berlangsung di Ibu Pejabat AITI, Anggerek Desa berkenaan telah didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Pengurus Kanan, Industry Development Group, Hajah Farihah binti Haji Mohd Said diikuti dengan pembentangan daripada penceramah pertama, Reuben Chiew dari Beyond Tomorrow.

Sesi pagi meliputi topik-topik mengenai teknologi-teknologi baharu dalam Revolusi Industri 4.0 dan transformasi serta impak ke atas perindustrian serta pendirian Brunei dalam penggunaan teknologi-teknologi baharu, pembangunan kemahiran dan kematangan digital. Selain itu, demonstrasi ‘Masa Depan Rumah Pintar’ turut diadakan.

Pada sesi petang, Ashley Ong dari Mahir Digital, yang merupakan profesional bertauliah Google Ads, membentangkan mengenai Digital Presence with Google yang meliputi penyelidikan pasaran menerusi strategi cloud dan media sosial.

Antara yang hadir pada majlis tersebut.