Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    AITI nasihatkan agar waspada terhadap scammer

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, menyatakan bahawa AITI telah menerima beberapa aduan daripada sebilangan pengguna telefon bimbit yang menerima panggilan penipuan dari nombor yang tidak dikenali yang menyamar sebagai wakil dari agensi kerajaan atau syarikat perniagaan.

    AITI dalam kenyataannya menerangkan bahawa para scammer atau penipu membuat panggilan penipuan kepada mangsanya dengan menggunakan nombor telefon palsu bertujuan untuk mengutip maklumat peribadi dan kewangan orang awam.

    Sehubungan dengan itu, pihak AITI ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali sama ada dari nombor tempatan atau dari luar negara, terutama sekali apabila awda tidak menjangkakan untuk menerima sebarang panggilan, tidak sesekali memberikan maklumat peribadi atau maklumat perbankan melalui telefon seperti nombor pengenalan, nombor akaun bank dan sebagainya serta lebih berhati-hati semasa mengikuti arahan dalam panggilan yang mencurigakan, contoh “tekan 1” serta mendapatkan maklumat pemanggil, menamatkan panggilan dengan serta merta dan menghubungi talian rasmi agensi kerajaan atau syarikat perniagaan yang berkenaan untuk mengesahkan panggilan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...