Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Aizat Amdan tamat zaman bujang minggu depan

    Penyanyi Aizat Amdan mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan zaman bujang pada 14 Ogos depan. Pasangan hidup yang dipilih adalah Elyssa Alia.

    Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 33, memberitahu media bahawa hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas Elyssa Alia meluahkan keyakinan untuk menjadikan Aizat sebagai suami.

    “Sekian lama orang asyik bertanya tentang jodoh. Akhirnya saya boleh kongsi tentang perkahwinan.

    “Disebabkan dia (Elyssa Alia) yakin untuk jadikan saya sebagai suami, maka saya buat keputusan untuk berkahwin,” katanya. Aizat mendedahkan majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung di Puchong, Selangor. – Agensi

    Aizat akan melangsungkan majlis perkahwinan di Selangor pada 14 Ogos. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...