Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Aizat, Elyssa mula hidup baharu

    Selepas tiga tahun bercinta, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan, 33, bernikah dengan wanita pilihan, Elyssa Alia Ilias, 34, dengan sekali lafaz di sebuah premis acara di sini, pada jam 9:17 pada 14 Ogos.

    Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Left Kol (B), Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.

    Pada majlis itu, Aizat atau nama sebenar, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin RM300 dengan wang hantaran dirahsiakan. Pengantin lelaki membawa tiga dulang hantaran berbalas lima dulang.

    Aizat yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu bersyukur majlis dirancang lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    “Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua insan yang menjayakan majlis pernikahan ini. Saya berharap semua yang hadir gembira. Saya juga bersyukur dengan cuaca baik.

    Aizat dan Ellysa akan menunaikan impian menjejakkan kaki di Tulum, Mexico, untuk berbulan madu, November depan. – Agensi

    “Malam tadi, hujan lebat. Dalam perjalanan ke sesi latihan, tayar kereta saya pancit… Tidak pernah berlaku sebelum ini. Namun, saya bersyukur, ia tidak terjadi hari ini,” katanya. Aizat bersyukur dapat memulakan hidup baharu dengan Elyssa.

    “Ini fasa baharu untuk kami. Saya tidak boleh fikir mengenai diri sendiri sahaja selepas ini. Saya kena minta nasihat dan pandangan isteri bagi perjalanan karier seni sekarang.

    “Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua. Saya harap kami dapat bina rumah tangga yang sihat daripada segi agama dan sebagainya,” katanya.

    Aizat yang mula dikenali selepas bersaing dalam musim kelima program realiti, Akademi Fantasia (AF5) berkata, dia dan isteri akan berangkat ke Mexico selepas selesai tugasan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

    “Kami ada lokasi impian iaitu Tulum, Mexico. Jadi, ketika saya ke Los Angeles untuk bekerja, kami akan pergi Tulum… Insya-Allah.

    “Saya akan terbang ke Los Angeles, November depan… Insya-Allah. Rasanya kami akan menghabiskan masa sebulan di AS dan Mexico,” katanya.

    Sementara itu, Elyssa berkata, Tulum menjadi lokasi pilihan kerana dia sukakan pantai yang tenang dan santai.

    “Impian saya adalah memiliki vila dan sekolah menyelam. Jadi, Tulum lokasi tepat untuk memulakan idea itu. Saya suka tepi pantai kerana ketenangan, saya tidak suka bandar,” katanya.

    Elyssa mengaku jatuh cinta dengan sikap baik hati Aizat yang disifatkan teman akrabnya. “Saya tidak pernah kenal Aizat. Ketika namanya naik, saya berada di Australia. Saya cari melalui Google mengenai Aizat, tetapi tiada artikel berkaitan gosip ditemui,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...