Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ajai angkat isu kesihatan mental dalam lagu

    Tampil dengan buah tangan terbaharu, single berjudul Rasa Tak Menipu ciptaan Ajai mengangkat isu kesihatan mental yang semakin mendapat perhatian masyarakat sekarang.

    Menjelaskan kisah di sebalik lagu itu, Ajai atau nama sebenar, Mohd Faizal Maas mahu meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesihatan mental, apatah lagi selepas pandemik COVID melanda dunia.

    “Isu kesihatan mental ini bukan mainan, ia sangat berbahaya. Kita semua perlu ada pemahaman yang lebih baik mengenai punca gangguan mental ini,” katanya kepada BH Online.

    Bagi menghidupkan karya itu, Ajai menyerahkan single itu kepada penyanyi Hazama untuk merakamkannya.

    Ajai berkata, single berkenaan menyentuh konflik dalaman atau bebanan jiwa yang dihadapi insan yang tiba-tiba berdepan suatu kehilangan.

    Ajai terapkan isu kesihatan mental di dalam single terbaharunya. – Agensi

    “Kita semua pernah melaluinya dan faham perasaan di sebalik kehilangan itu. Lagu ini berkisar konflik dalaman apabila seseorang yang kita cintai, pergi secara mengejut.

    “Kita tidak dapat menerima hakikat itu, malah ada yang menderita akibatnya,” katanya.

    Sementara itu, Hazama berkata, projek rakaman single Rasa Tak Menipu bersama Ajai sangat mudah.

    “Saya pernah merakamkan lagu ciptaan Ajai iaitu Di Amaran Mama di mana lirik dihasilkan Ad Samad. Kali ini, saya cukup teruja untuk merakamkan sebuah lagi karya ciptaan Ajai,” katanya.

    Single Rasa Tak Menipu yang juga projek usaha sama antara Wake The Baby Records dan ISK.MUSIK menjadi lagu tema drama Epilog 3 Naga yang disiarkan Awesome TV. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...