Thursday, December 5, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ajai ingin beri peluang kepada bakat baru

    KEBANJIRAN penyanyi-penyanyi remaja atau kini lebih dikenali dengan istilah Budak Baru Nak Up (BBNU) kini semakin menarik perhatian ramai.

    Apatah lagi mereka turut meraih populariti setara dengan penyanyi lebih senior, malah turut sama berpeluang berada di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk sama-sama memberi saingan.

    Menyedari potensi itu, komposer dan juga penyanyi terkenal, Ajai, membuka peluang kepada BBNU untuk mengetengahkan bakat mereka menerusi satu satu uji bakat yang bakal diadakan syarikat rakaman miliknya, Wake The Baby.

    Ajai yang baru-baru ni bertanding menerusi lagu Separuh Matiku Bercinta (Dayang Nufaizah) dan Akhirnya Cinta (Salma) di AJL32, menyatakan hasratnya itu menerusi laman Instagramnya sehari selepas anugerah berprestij itu berakhir.

    Ajai ingin membuka peluang dan mengasah bakat-bakat baru yang ingin diketengahkan.

    “Syarikat rakaman saya iaitu Wake The Baby Record ingin mencari bakat-bakat baru untuk dijadikan artis syarikat rakaman saya yang dalam lingkungan umur 18-22 tahun.

    “Sesiapa yang berbakat, boleh hantarkan demo anda kepada saya. Sesiapa yang terpilih, saya akan hubungi untuk proses ujibakat seterusnya di studio. Jika terpilih, anda akan jadi artis syarikat rakaman saya. Itu janji saya,” kata Ajai menerusi video yang dimuat naik di Instagramnya.

    Melihat reputasi Ajai, mesti ramai bakat-bakat baru yang mahu mencuba nasib dan mengikuti jejak langkah Aiman Tino, Hakiem Rusli, Tajul dan ramai lagi penyanyi remaja yang kini sedang mencipta nama dalam industri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda