Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ajax bayar AS$8.91 juta sebagai pampasan Nouri

    THE HAGUE, 22 FEB – Ajax berkata kelmarin mereka akan membayar AS$8.91 juta kepada keluarga bekas pemain Abdelhak Nouri, yang mengalami kecederaan otak selepas serangan jantung semasa perlawanan persahabatan lebih empat tahun lalu.

    Bekas pemain tengah pasukan remaja Belanda, Nouri, kini berusia 24 tahun, rebah semasa perlawanan pramusim bersama Werder Bremen pada Julai 2017.

    “Berita baik kerana persetujuan telah dicapai, supaya kita dapat menutup isu ini. Kita semua sedar bahawa penderitaan untuk Abdelhak dan orang yang disayanginya belum berakhir. Ia kekal sebagai situasi yang sangat menyedihkan, itulah yang kami rasakan di Ajax, juga,” kata ketua eksekutif pihak Belanda, Edwin van der Sar.

    “Kami amat menghargai cara keluarga Abdelhak menjaganya siang dan malam dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

    “Apabila saya melawatnya, saya sentiasa disambut dengan tangan terbuka oleh keluarga. Itu juga merupakan hal yang sama untuk rakan sepasukan Ajax yang lain dan kami amat menghargainya.”

    Pada 2018, Ajax bersetuju untuk membayar rawatan perubatan seumur hidup untuk pemain yang mengalami kerosakan otak yang kekal dan melemahkan serta tidak akan dapat hidup berdikari lagi. – AFP

    Ajax akan membayar AS$8.91 juta kepada keluarga bekas pemain Abdelhak Nouri, yang mengalami kerosakan otak selepas serangan jantung. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...