Ajax bertanggungjawab ke atas Nouri

THE HAGUE, 26 Jun – Kelab gergasi Belanda hari ini bertanggungjawab atas pemain tengah Abdelhak Nouri yang mengalami kerosakan otak selepas pengsan semasa perlawanan persahabatan tahun lepas.

“Susulan maklumat yang baharu, kami mencapai penyelesaian baharu di mana rawatan Abdelhak di atas padang di Austria tidak mencukupi,” kata ketua ekskutif kelab, Edwin van der Sar.

“Kami bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” menurut bekas bintang Manchester United semasa sidang media dan dia juga memohon maaf kepada ahli keluarga pemain itu.

Nouri yang juga digelar Appie oleh peminatnya dan kelab, pengsan selepas mengalami masalah jantung semasa perlawanan pemanasan badan sebelum Ajax menentang kelab Jerman, Werder Bremen di Austria Julai tahun lepas.

Dia dimasukan ke hospital dengan rawatan intensif di Innsbruck, Austria sebelum dipindahkan ke hospital Amsterdam. Tetapi pemain yang menyertai Ajax pada usia tujuh tahun dan menjadi pemain muda harapan mengalami kerosakan otak kekal.

Menurut Van der Sar, pihak kelab percaya bahawa Nouri telah diberikan rawatan sebaik mungkin ketika di atas padang tetapi baru-baru ini meminta pendapat pihak ketiga selepas ahli keluarganya menyaman Ajax dan menuntut pampasan untuk rawatan seumur hidup.

Sementara itu, penemuan yang mengejutkan oleh pakar kardiologi baharu apabila mereka mendedahkan bahawa rawatan tidak mencukupi ketika mengira denyutan jantung di mana pasukan perubatan sebaliknya menumpukan kepada saluran udara Nouri, menurut Van der Sar. – AFP