Ajax, Cyprus sekadar seri

PARIS, 21 OGOS – Ajax selesai dengan 10 pemain pada Selasa tetapi berganjak lebih dekat kepada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas seri 0-0 dengan APOEL di Nicosia pada pusingan pertama perlawanan penuh drama.

Pemenang empat kali pertandingan dan semi finalis musim lalu itu mendominasi permainan dan berjaya mewujudkan beberapa situasi yang mendebarkan.

Tetapi serangan bertenaga tuan rumah ditambah dengan rentak menarik Jordan Musa Suleiman,22, telah mencetuskan berbahaya beberapa kali kepada pasukan pelawat.

Ajax mendapat beberapa sepakan percuma pada babak kedua dan Noussair Mazraoui menerima padah apabila terjahan kasar ke atas Uros Matic memberikan beliau kad kuning kedua 10 minit sebelum tamat.

Penyerang veteran Klass Jan Huntelaar yang turun 12 minit sebelum tamat mempunyai peluang jelas untuk memenangi perlawanan dalam masa tambahan tetapi lambungan pemain berusia 36 tahun itu dapat dimatikan.

Walaupun Ajax kecewa dengan kunjungan kali ini tetapi kapten APOEL Nicholas Ioannou pula gembira dengan peluang pasukannya.

Hanya ada satu gol dari perlawanan terbuka dalam tiga perlawanan malam ini tetapi ia merupakan serangan yang cukup untuk memberikan Slavia Prague kemenangan 1-0 di Cluj. – AFP

Pertahanan Ajax, Daley Blind (kiri) bersaingan dengan midfield APOEL, Musa Suliman di stadium Nicosia, kelmarin. – AFP