Ajax lepasi ujian PAOK

AMSTERDAM, 14 OGOS – Pasukan separuh akhir musim lepas, Ajax, mara ke playoff Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas menewaskan PAOK Thessaloniki 3-2 dalam satu pertembungan sengit di Amsterdam, sekali gus mara dengan agregat 5-3.

Dua penalti Dusan Tadic, tandukan lewat Nicolas Tagliafico telah mengekalkan peluang skuad Erik ten Hag untuk meneruskan impian mereka, yang menyaksikan mereka mengejutkan Eropah dengan kemaraan ke separuh akhir musim lepas.

Tadic meledakkan gol penyamaan dua minit sebelum rehat selepas Diego Biseswar mendiamkan Johan Cruyff Arena dengan satu ledakan jaringan buat PAOK.

Jaringan Tagliafico menyebabkan PAOK perlu menjaringkan dua gol selepas menanduk masuk sepakan sudut Ziyech, dan Tadic kemudian mengesahkan tempat di playoff menentang APOEL Nicosia meskipun Biseswar menjaringkan gol kedua PAOK di masa kecederaan.

APOEL akan berdepan gergasi Belanda itu bagi satu slot dalam peringkat kumpulan, yang bakal bermula bulan depan, selepas bangkit daripada kekalahan 2-1 pada perlawanan pertama dengan menang 2-0 pada perlawanan kedua menerusi jaringan Tomas De Vincenti dan Urosh Matich. – AFP

Penjaga gol PAOK menepis satu percubaan daripada Dusan Tadic dalam perlawanan sengit saingan playoff Liga Juara-Juara. – AFP