Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Ajax, Nice sekadar seri

PARIS, 27 Julai – Donny van de Beek berjaya menjaringkan gol untuk membatalkan jaringan pembukaan Mario Balotelli dalam aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Penyerang Itali itu cuma menolak mudah bola lintang hantaran Rosenborg untuk meletakkan Nice di depan pada minit ke-32 dalam aksi di Allianz Riviera.

Donny berjaya menyamakan kedudukan untuk Ajax selepas waktu rehat susulan kesilapan Yoan Cardinale yang menolak lemah bola di kawasan sendiri.

Di Glasgow, Celtic bergelut untuk memecah kebuntuan menembusi benteng pasukan dari Norway, Rosenberg apabila beraksi tanpa Moussa Dembele yang cedera dan Lee Griffiths yang digantung satu perlawanan oleh EUFA kerana isu provokasi semasa menentang Linfield sebelum ini.

Penjaga gawang Celtic Craig Gordon beberapa kali bertindak cemerlang menafikan percubaan bekas penyerang Arsenal Nicklas Bendtner, Anders Konradsen Matthias Vilhjalmsson dan berjaya mengelak pasukan tuan rumah daripada menerima kekalahan memalukan.

“Kosong-kosong tidak pernah menjadi keputusan yang buruk di Eropah. Jika gagal menjaringkan gol, sangat penting untuk pastikan kami tidak bolos,” kata jurulatih Celtic, Brendan Rodgers.

“Saya gembira dengan pemain saya. Kami terus meningkat tetapi agak sukar tanpa penyerang. Mereka (Rosenborg) mahukan lebih daripada apa yang mereka lakukan tetapi mereka perlu ada inisiatif. Perlawanan ini masih seimbang,”

Sementara itu, Dynamo Kiev meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Young Boys di Ukraine apabila pemain tengah dari Brazil, Mossoro meledak dua kali manakala naib juara Turki, Istanbul Basaksehir bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 3-3 di Club Brugge.

Perlawanan kedua, pusingan ketiga kelayakan dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 Ogos ini. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -