Ajay Devgan dedah tidak pernah lamar Kajol

Aktor Bollywood Ajay Devgan mendedahkan mengenai reaksi keluarganya terhadap kehadiran Kajol di rumah mereka selepas berkahwin.

Menurut Hindustan Times, Ajay Devgan mendedahkan bahawa keluarganya berasa gembira dengan kehadiran Kajol dalam keluarga mereka.

“Apabila saya dan Kajol berkahwin, keluarga saya sangat gembira kerana akhirnya ada orang yang bercakap dalam rumah itu. Sejujurnya dari dua orang, seseorang itu perlu bercakap. Jika kami berdua sentiasa berdiam, itu akan menjadi masalah. Jadi Kajol seorang yang banyak cakap dan saya pendiam,” kata Ajay.

Suami kepada Kajol ini turut menambah bahawa dia dan Kajol adalah sangat melengkapi antara satu sama lain.

“Kajol dan saya sempurna antara satu sama lain. Jangan cuba mengubah siapa diri mereka. Saya tidak tahu apa yang menarik perhatiannya terhadap saya. Sebenarnya, kami mula berbual, kemudian menjadi kawan dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Kami tidak melamar antara satu sama lain. Ianya berlaku secara semula jadi,” kata Ajay.

Ajay Devgan mendedahkan bahawa beliau bertemu Kajol ketika penggambaran filem Hulchul dan pada mulanya beliau tidak begitu berminat dengan Kajol yang lantang apabila bercakap, sombong, dan sangat banyak cakap. – Agensi

Ajay Devgan mengatakan dia dan isterinya Kajol (kiri) adalah sangat sempurna antara satu sama lain. – Agensi