Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN – Sempena Ulang Tayang Eksklusif Gema Dari Menara (GDM), ahli jawatankuasa (AJK) penyelenggara imbas kembali GDM telah mengadakan Riadah50 ZumbaAgogo di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir bagi memeriahkan acara tersebut ialah pelakon utama GDM, Pengiran Haji Abbas bin Pengiran Haji Besar bersama para penggiat seni yang lain, di mana ia diadakan bertujuan untuk menggalakkan amalan hidup yang sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Acara tersebut turut diserikan lagi dengan aktiviti kuiz yang dibukakan kepada orang ramai dengan sumbangan hadiah berupa tiket yang ditaja oleh Cooltones dan The Coffee Bean and Tea Leaf.
Ulang tayang eksklusif bagi sambutan 50 tahun filem GDM akan diadakan pada minggu ini di Kiulap dan kesemua kutipan jualan tiket akan disalurkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA).
