Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK masjid terima surat lantikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Seramai 51 orang ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait sesi 2020-2022 telah menerima surat lantikan masing-masing pada majlis yang diadakan di masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan surat lantikan ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

    Sebelum penyampaian surat lantikan berkenaan, tetamu kehormat turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada 27 orang AJK takmir bagi sesi 2018-2020.

    Pengimarahan masjid bukanlah suatu yang mudah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, tetapi juga AJK takmir masjidnya.

    Setentunya komitmen AJK amat penting dalam menjayakan aktiviti takmir masjid kerana setiap kejayaan tidak akan dapat dicapai jika hanya satu pihak saja yang bergerak secara sendirian.

    Justeru dengan kerjasama kedua-dua pihak ini akan menjadikan masjid menjadi gilang-gemilang dengan pelbagai aktiviti takmir mereka.

    Pentakmiran masjid juga bukan hanya dengan memperbanyaknya aktiviti-aktiviti yang berbentuk peraduan dan pertandingan yang dianjurkan tetapi meliputi pentakmiran secara keseluruhan khususnya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah seperti sembahyang lima waktu, kuliah-kuliah ilmu dan lain-lain.

    Pengiran Haji Haslin semasa menghadiri majlis tersebut. – Gambar serahan JHEM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda