Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    AJK Takmir Masjid Kg Batu Marang anjur pelbagai aktiviti

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Batu Marang akan mengusahakan pelbagai aktiviti atau majlis-majlis yang telah dirancang untuk tahun ini.

    Menurut Timbalan Setiausahanya, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi, AJK Takmir akan meneruskan aktiviti dan majlis keagamaan selepas berakhirnya acara-acara Maulud dengan Majlis Kursus Fardhu Kifayah bagi peserta laki-laki yang akan diadakan pada 29 Januari bermula jam 7:45 pagi di masjid berkenaan yang akan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus yang mana setakat ini seramai 50 orang telah pun mendaftar.

    “Insya-Allah, dalam bulan Februari nanti AJK Takmir akan mengadakan Kejohanan Futsal Belia buat kali pertama terbuka kepada belia yang tinggal di kampung itu sahaja,” jelasnya lagi.

    Haji Mohammad Isa seterusnya menjelaskan pada 7 Februari, Taklimat Kejohanan Futsal Belia itu akan disampaikan oleh Penyelia Hal Ehwal Belia, Awang Ismawi bin Haji Maidin diikuti dengan Ceramah Motivasi Belia pada 11 Februari yang disampaikan oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Haji Mohammad Isa berkata AJK Takmir Masjid Kampung Batu Marang akan mengusahakan pelbagai aktiviti atau majlis-majlis yang telah dirancang untuk tahun ini.
    Haji Mohammad Isa berkata AJK Takmir Masjid Kampung Batu Marang akan mengusahakan pelbagai aktiviti atau majlis-majlis yang telah dirancang untuk tahun ini.

    Sementara itu, Kejohanan Futsal pada 12 Februari itu akan diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Kapok, muzakarah AJK Takmir bulanan kali ketiga pada 14 Februari dan 26 Februari, Kursus Fardu Kifayah bagi peserta perempuan bermula jam 7:45 pagi akan disampaikan oleh Pengapai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Antara tujuan aktiviti-aktiviti dan majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat bersama AJK Takmir Masjid.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda