Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ajoi Zainal alami tekanan, pitam di Big Stage 2022

    Tekanan dan kondisi kesihatan kurang baik menyebabkan peserta program Big Stage 2022, Ajoi Zainal dikejarkan ke hospital selepas konsert minggu keempat pada 27 Februari lalu.

    Berkongsi insiden tidak dijangka selepas persembahan pada malam berkenaan, Ajoi, 23, berkata dia tiba-tiba diserang panik dan lemah badan.

    “Pada malam itu saya kurang sihat, tak cukup tenaga dan doktor kata terlebih berlatih itulah yang menyebabkan saya pitam selepas konsert itu. Saya punya tekanan darah pun tinggi semasa kejadian.

    “Ramai kata serangan anxiety tapi saya tidak pernah ada penyakit itu dan inilah kali pertama berlaku. Jadi saya pun tidak tahu adakah ini anxiety atau panic attack.

    “Selepas pitam itu saya pun tidak sedar apa dan hanya berehat di rumah untuk kumpulkan semula tenaga,” katanya kepada media.

    Tekanan dan kondisi kesihatan kurang baik menyebabkan Ajoi Zainal dikejarkan ke hospital 27 Februari lalu. – Agensi

    Ajoi ditemui sejurus konsert minggu kelima Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Ahad lalu.

    Pada 27 Februari lalu, Ajoi pitam di belakang pentas selepas membuat persembahan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

    Menurut pengurusnya iaitu Aidil, Ajoi mengalami masalah kesihatan dan kurang sihat.

    Sementara itu, Ajoi memberitahu dia berehat selama seminggu dan meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya kini semakin baik.

    “Alhamdulillah minggu ni saya dah okay. Saya berehat dari Ahad sampai la hari konsert kelima ini. Selama seminggu saya tak pegang telefon, hanya duduk berehat di rumah untuk kembalikan semula tenaga saya.

    “Ya saya akui saya tak boleh tertekan dan senang tertekan. Menyertai program ini dari minggu pertama lagi memberikan tekanan dengan pelbagai cabaran.

    “Ditambah pula masalah peribadi melibatkan keluarga dan hal lain-lain, itu membuatkan saya jadi tertekan, apa yang boleh saya lakukan sekarang ini ialah menjadi lebih tenang,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...