Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Ajwa Kitchen beraya bersama anak-anak istimewa

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Seramai 30 orang anak-anak istimewa termasuk tujuh orang guru dari Sekolah Menengah Menglait telah berkunjung berhari raya di Rumah Terbuka Ajwa Kitchen, Baitul Ajwa, Lambak Kanan, baru-baru ini.

Hadir mengalu-alukan kehadiran rombongan tersebut ialah Pengurus Ajwa Kitchen, Awang Mohammad Adi Shukri bin Haji Ali bersama ahli-ahli keluarga.

Menurut Awang Mohammad Adi Shukri, sambutan rumah terbuka yang diadakan pada kali ini adalah khusus untuk anak-anak istimewa dan ia merupakan kali keempat diadakan.

Tujuan mengadakan rumah terbuka tersebut adalah untuk meraikan anak-anak istimewa dan seterusnya memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya bersama mereka selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Awang Mohammad Adi Shukri bergambar ramai bersama anak-anak istimewa dan guru-guru dari Sekolah Menengah Menglait.
Awang Mohammad Adi Shukri bergambar ramai bersama anak-anak istimewa dan guru-guru dari Sekolah Menengah Menglait.

Beliau berharap dengan kedatangan rombongan anak-anak istimewa ini, ia akan dapat memberikan keceriaan serta mendekatkan lagi hubungan mereka bersama insan-insan istimewa agar mereka tidak akan berasa tersisih dan menerima apa jua kekurangan mereka.

Beliau berharap pihak Ajwa bukan sahaja memberikan layanan yang baik buat pelanggan-pelanggan mereka, bahkan mereka juga akan sentiasa memberikan layanan terbaik buat anak-anak istimewa.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -