Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AK Muhammad Syakir juara Golf Amal Pusat Ehsan

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Awangku Muhammad Syakir bin Pengiran Ali telah muncul juara bagi Piala Cabaran Penaung dan Juara Keseluruhan Gross dalam Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan kali ke-22 pada majlis penyampaian piala yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Juga hadir ialah Penasihat Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab dan Pengerusi Kejohanan, Awang Seruji bin Haji Setia.

    Kejohanan golf amal tersebut berakhir petang ini selepas diadakan selama tiga hari bermula 30 September lalu yang disertai oleh kira-kira 269 peserta.

    Perlawanan itu diadakan berdasarkan System 36 (Stroke Play) di mana pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk peluang untuk merebut Piala Cabaran Penaung serta hadiah-hadiah bagi hole-in-ones, bull’s eye dan hadiah-hadiah novelty.

    Dalam ucapan alu-aluan, pengerusi kejohanan merakamkan penghargaan kepada Persatuan Singapura, Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, Cityneon Displays and Construction Sdn Bhd dan Kelab Golf Pantai Mentiri atas sokongan untuk menjayakan perlawanan berkenaan serta kepada Brunei Press menerusi Borneo Bulletin dan Media Permata yang terus memberikan sokongan kepada acara berkenaan sebagai penyokong media eksklusif bagi perlawanan itu.

    Hasil daripada kejohanan itu akan disalurkan kepada kanak-kanak dan belia yang berkeperluan khas di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan perbelanjaan bulanan serta rancangan pembangunan pusat berkenaan.

    Awangku Muhammad Syakir menerima Piala Cabaran Penaung daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan kali ke-22 di Kelab Golf Pantai Mentiri. – Gambar oleh Fadhil Yunus
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...