Akademi bolasepak dash pelopor aplikasi mudah alih

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Akademi Bolasepak DASH mencipta sejarah penting dalam mempertingkatkan kemajuan bola sepak melalui teknologi setelah menjadi akademi bola sepak pertama di negara ini menggunakan pengembangan aplikasi mudah alih dalam sukan tersebut.

Presiden Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan melancarkan aplikasi mudah alih semasa acara yang diadakan di Rumah NFABD hari ini.

Aplikasi mesra pengguna, yang dibangunkan untuk pentadbiran dan pemain di bawah bimbingan akademi, mengumpulkan maklumat peribadi pemain dari pelbagai peringkat umur.

Salah satu ciri aplikasi tersebut membolehkan pentadbir termasuk jurulatih menentukan jumlah dan kekerapan pemain yang menghadiri sesi latihan.

Melalui aplikasi tersebut, jurulatih juga dapat memasukkan semua maklumat pengguna, terutama terdiri daripada pemain.

Pengiran Haji Matusin ketika sesi bergambar ramai bersama ahli Akademi Bolasepak DASH di padang bola sepak NFABD.

Aplikasi ini juga memboleh-kan pemain mengimbas kod QR untuk mengesahkan kehadiran mereka dalam latihan, yang seterusnya akan membolehkan pentadbir mencatat kehadiran mereka semasa sesi latihan tertentu.

Ketua jurulatih pasukan bawah-12, bawah-14 dan pasukan Youth Elite dari Akademi Bolasepak DASH, Hazmin Hatta bin Haji Hamzah berkata “Pada masa ini, kami hanya fokus pada usia dan kehadiran pemain.

“Untuk masa depan, kami ingin memperluasnya kepada maklumat yang lebih terperinci.

“Kami juga dapat melihat pendatang baharu berdasarkan data mereka yang datang untuk latihan dan ini juga membantu kami menetapkan kumpulan mana yang lebih menonjol,” jelasnya.

Akademi ini juga berusaha untuk merancang masa depan bagi menjadikannya lebih interaktif, mudah diakses dan menarik dengan memperkenalkan aktiviti dan program yang menyeronokkan serta jangkauan orang ramai kepada pengguna umum.

Dengan adanya lebih banyak data, Hazmin mengatakan bahawa mereka dapat membuat analisis, sambil menambah bahawa penting bagi bola sepak untuk melihat kelemahan.

Dia berkata, “Pengumpulan data adalah salah satu objektif untuk meningkatkan kualiti bola sepak.

“Dengan aplikasi ini, adalah langkah pertama menuju ke masa depan, kami ingin bekerjasama dengan pembangun aplikasi dan IT untuk memberi kami fungsi aplikasi yang lebih terperinci,” tekannya.

Permintaan yang semakin meningkat dari orang ramai yang menggunakan aplikasi mudah alih semasa wabak COVID-19 telah mendesak akademi untuk mengembangkan aplikasi ter-sebut.

“Kami mengambil kesempatan ini dengan teknologi digital. Sejak COVID-19, ini memberi lebih banyak keyakinan kerana kita melihat lebih banyak orang menggunakan aplikasi BruHealth.

Pengiran Haji Matusin memuji usaha dan inisiatif Akademi Bolasepak DASH dan menyifatkan pengembangan aplikasi mudah alih ini sebagai peningkatan dan kemajuan.

“Kita harus mengucapkan tahniah kepada Akademi Bolasepak DASH atas usaha mereka mengembangkan aplikasi ini,” ujarnya.