SHANGHAI, 13 Sept – Legenda Los Angeles Lakers, Kobe Bryant semalam mengumumkan rancangan bagi sekolah bola keranjang NBA pertama China, perkembangan yang dikatakan pemain All-Star 18 kali itu akan meningkatkan sukan bola keranjang di negara tersebut.
NBA Basketball School-Mission Hills Haikou akan dibukakan kepada pemain-pemain lelaki dan wanita dari peringkat junior sehingga professional selepas ia disiapkan pada 2019 dan akan membantu melahirkan bintang bola keranjang China seterusnya.
Di samping bola sepak, bola keranjang adalah sukan paling popular di China dan Bryant berkata kemudahan baru, pembinaan bermula lewat tahun ini, sesuai kepada permainan China.
“Belia China akan mendapatkan manfaat dari pendekatan lengkap terhadap perkembangan pemain yang menggabungkan kualiti kejurulatihan NBA dengan peringkat latihan NBA,” kata juara NBA lima kali yang bersara itu.
“Saya percaya perkongsian ini akan meningkatkan sukan bola keranjang kepada peringkat lebih tinggi di China.”
Pemain berusia 39 tahun itu berada di bandar Haikou, di pulau Hainan ke selatan China, untuk mendedahkan projek tersebut.
Mission Hiils Group akan mereka dan membina sekolah tersebut serta enam gelanggang dalam dewan, tetapi ia akan dikendalikan oleh NBA China.
NBA sudah memiliki akademi-akademi latihan di China bagi prospek lelaki dan wanita terbaik. – AFP