Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Akademi PKS ASEAN 2.0 dilancar bagi menyokong pemulihan ekonomi

    JAKARTA, 8 APRIL – Majlis Perniagaan AS-ASEAN (AS-ABC), Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat dan ASEAN telah melancarkan Akademi PKS ASEAN 2.0, versi platform pembelajaran dalam talian yang dipertingkatkan.

    Laman web yang diubah suai itu membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memilih kursus yang tersedia dalam bahasa tempatan, iaitu Bahasa Indonesia, Thai dan Vietnam.

    Ia menampilkan reka bentuk visual baharu yang menarik dan sumber berkualiti tinggi, termasuk modul khusus untuk pemulihan COVID-19.

    Pelancaran hibrid itu dihoskan di Dewan Pusat Latihan Perdagangan Filipina di Manila dan dilakukan secara penstriman langsung kepada penonton di seluruh rantau hari ini.

    Dalam ucapannya, Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi menegaskan bahawa pendigitalan adalah kuasa pertumbuhan dan daya saing baharu bagi setiap perniagaan dan ekonomi.

    “Menukar minda perniagaan yang lebih luas untuk memanfaatkan teknologi digital adalah kunci kepada kejayaan,” katanya.

    Krisis kesihatan awam mendorong penggunaan cara kerja baharu dan permintaan untuk set kemahiran baharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras ASEAN mengenai PMKS dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Suriani Ahmad.

    “Dalam menghadapi pandemik yang teruk ini, kita masih boleh menjayakan pecutan dalam transformasi digital, terutamanya dalam persekitaran perniagaan dan pembelajaran,” katanya.

    Pembangunan laman web yang dirombak itu disokong oleh syarikat-syarikat ahli AS-ABC Amazon Web Services, Meta, Visa, Google dan SAP, yang mengesahkan semula peranan penting sektor swasta AS dalam memperkasakan perniagaan kecil di seluruh rantau ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...