Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Akaun palsu di media sosial

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa kementerian itu tidak mempunyai akaun-akaun rasmi Ministry_loan_Brunei di Instagram dan Ministry Personal Loan Brunei di Facebook.

    Kenyataan menegaskan, pihak kementerian tidak pernah menawarkan pinjaman kewangan peribadi kepada orang awam sebagaimana yang dinyatakan dalam akaun-akaun tersebut.

    Akaun-akaun media sosial rasmi Kementerian Kewangan dan Ekonomi di Instagram adalah mofebrunei dan dalam Facebook adalah Ministry of Finance and Economy Brunei Darussalam.

    Pihak kementerian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai akaun-akaun palsu tersebut bagi siasatan selanjutnya.

    Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi jika terdapat maklumat yang mencurigakan atau tidak sahih mengenai kementerian itu.

    Menyebarkan maklumat tidak sahih atau palsu merupakan kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada denda sehingga $3,000 atau tiga bulan penjara atau keduanya di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...