Akaun Twitter beberapa tokoh terkemuka digodam

WASHINGTON, 16 JULAI – Akaun Twitter beberapa individu dan tokoh terkenal termasuk pemuzik Kanye West, pakar teknologi Elon Musk dan ahli politik Joe Biden telah digodam, lapor agensi berita Anadolu.

Turut digodam akaun bekas Presiden Barack Obama, pemilik Amazon Jeff Bezos, ahli perniagaan Warren Buffet dan bekas Datuk Bandar New York City Michael Bloomberg. Pihak Twitter kelmarin berkata laman web microblogging “menyedari mengenai insiden itu yang menjejaskan akaun di Twitter.” – Bernama