Akaun media sosial Weibo milik anggota kumpulan Blackpink dari Korea selatan iaitu Lisa tiba-tiba lesap.
Kehilangan akaun berkenaan disedari peminat di China selepas Lisa muncul dalam program Crazy Horse di Paris.
Menurut laporan mStar, peminat kumpulan berkenaan meluahkan rasa terkejut apabila mendapati akaun Weibo sudah dipadamkan atas dakwaan melanggar undang-undang dan perjanjian komuniti Weibo.
Susulan itu, peminat percaya akaun tersebut dipadam kerana Lisa muncul membuat persembahan menerusi program tersebut.
Ia susulan program tersebut mempromosikan persembahan tidak senonoh dan kerajaan China memandangkan serius penyebaran perkara tidak bermoral di Weibo.
Kerajaan di China memang terkenal tegas berhubung penggunaan Internet termasuk laman sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.
Disebabkan itu, China memperkenalkan aplikasi Weibo selepas Facebook disekat di negara tersebut. – Agensi