Akhbar Rusia Bersatu sokong wartawan

MOSCOW, 10 JUN – Tiga akhbar terkenal Rusia hari ini menerbitkan halaman depan yang sama untuk menunjukkan perpaduan berhubung penangkapan seorang wartawan siasatan mengenai dakwaan dadah.

“Saya/kami ialah Ivan Golunov,” umum akhbar Kommersant, Vedomosti dan RBK dalam huruf besar di muka surat depan mereka.

Golunov, wartawan siasatan berusia 36 tahun dengan Meduza, saluran media Bahasa Rusia, ditahan pada minggu lalu berhubung dakwaan mengatakan beliau mengeluarkan dan berurusan dengan dadah.

Penangkapan beliau mencetuskan kemarahan di kalangan wartawan dan penyokong Rusia yang berkata dakwaan ke atas beliau merupakan hukuman terhadap laporan beliau.

Golunov menghadapi hukuman penjara 10 dan 20 tahun jika disabit bersalah.

Dalam kenyataan sama yang diterbitkan di halaman depan mereka, ketiga-tiga akhbar berkata pendakwaan Golunov merupakan perbuatan intimidasi ke atas masyara-kat Rusia dan menuntut siasatan dilancarkan terhadap polis yang telah menahannya.

“Kami menuntut undang-undang dipatuhi oleh semua orang dan untuk semua orang,” kata mereka. – AFP

Gambar menunjukkan tiga akhbar utama Rusia menggunakan tajuk berita yang sama yang berbunyi: “Saya/kami ialah Ivan Golunov”yang bekerja untuk laman web Meduza di Moscow, kelmarin. – AP

 

SAHAM
TerdahuluKami menang – Ferrari
SeterusnyaTanda penghargaan