Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan penjara atas pertuduhan mengambil dadah semasa dalam pengawasan narkotik.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Jullaini bin Haji Hidup, 47, yang mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah pada atau sekitar Februari 2016.
Satu lagi tuduhan mengambil dadah pada atau sekitar Mac 2016 yang didakwa ke atas tertuduh turut diambil pertimbangan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.
Tertuduh yang sebelum ini mempunyai kesalahan dalam penyalahgunaan dadah mengaku mengambil syabu semasa dalam pengawasan kerana dipengaruhi oleh rakan-rakannya.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Narkotik, Norizanullah binti Haji Jaya.