Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Akibat gagal kemukakan pulangan cukai tahunan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $4,000 terhadap AE Asia Agri-Mart Sdn Bhd atas kesalahan gagal mengemukakan pulangan cukai tahunan kepada Bahagian Hasil di Kementerian Kewangan.

Wakil syarikat mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Rahman selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Syarikat tersebut didakwa gagal mengemukakan pulangan cukai tahunan yang berakhir pada 31 Disember 2012, 2013, 2014 dan 2015.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -