Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat kritik presiden, duta EU dipanggil

    ALGIERS, 4 Jun – Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Algeria, John O’Rourke dipanggil Kementerian Luar Algeria untuk memberi penjelasan, berikutan rakaman video yang mengkritik Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

    Menerusi satu video yang dirakamkan pada Khamis di ibu pejabat parlimen EU di Brussels, bekas wartawan televisyen Aljazair ENTV di Belgium, Leyla Haddad menggelarkan presiden Algeria sebagai ‘boneka abangnya dan rejim yang berkuasa’.

    Setiausaha Agung Kementerian Luar Algeria, Noureddine Ayadi, berharap EU secara terbuka tidak menyokong tindakan itu dan mahu tindakan konkrit diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Duta Algeria ke EU telah mengambil langkah segera untuk menangani isu tersebut.

    Kedua-dua parti pemerintah di Algeria, iaitu FLN dan RND, menggesa Bouteflika untuk meneruskan penggal kelima pentadbirannya sebaliknya pihak pembangkang mahu beliau meletakkan jawatan.

    Bouteflika, 81, diserang angin ahmar pada tahun 2013 menyebabkan beliau tidak dapat berjalan dan percakapannya kurang jelas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda