Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat memakai seluar pendek

    KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seorang lelaki warga Malaysia telah diberi teguran oleh pihak berkuasa Islam kerana memakai ‘pakaian tidak senonoh’ selepas dia didapati memakai seluar pendek di khalayak ramai dalam perjalanan ke satu perlawanan futsal, menurut pegawai dan laporan hari ini.

    Kes di Kelantan itu, negeri yang diperintah oleh parti Islam, memberikan contoh terbaru penguatkuasaan secara Islam di negeri itu.

    Dalam kes berkenaan, Wan Khairul Hayyee Wali membuat perhentian untuk membeli burger dari kedai tepi jalan ketika dalam perjalanan hendak bermain futsal Isnin lepas.

    Namun pegawai-pegawai penguat kuasa keagamaan menemui lelaki berusia 30 tahun itu dan memberikannya satu notis yang mengatakan dia telah melanggar peraturan Islam bahawa orang Islam tidak boleh memakai pakaian yang mendedahkan.

    Wan Khairul dipetik sebagai berkata oleh akhbar Star, “Ia mengejutkan saya apabila pegawai penguat kuasa jabatan agama memberikan saya notis mengatakan saya telah menyalahi Enakmen Jenayah Syariah kerana mendedahkan lutut saya.”

    Beliau menambah, “Biar betul, mereka berharap saya memakai kain sarung untuk main futsal ke?” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda