Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akibat taksub kepada kecantikan

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

     

    PADA satu malam, Tiawa menelefon Joyah, rakan baiknya, “Jo, kau buat apa tu?” tanya Tiawa. “Eyh Ti, kau buat apa call aku tengah-tangah malam ne, kau belum nak tidur lagi ke?” jawab Joyah.

    “Belum lagi, aku masih tengah fikir ne, tentang tawaran yang kita terima tu, kau tak nak cuba ke?” tanya Tiawa lagi kepada Joyah. “Eshhh kau gila ke, kau nak cuba ke Ti?”

    “Dalam fikiran aku, rasanya aku nak cuba lah Jo, kau tahu kan, umur aku sekarang ne dah berapa, tapi belum ada boyfriend, aku lonely lah Jo,” jawab Tiawa.

    “Entahlah, itu hak awak, saya tak nak masuk campur, apa yang saya mahu katakan, pilih yang terbaik, kerana tawaran itu sangat berisiko tinggi tau, Ti,” kata Joyah kepada rakan baiknya itu. “Ala nantilah, aku buat keputusan lagi,” balas Tiawa. Kedua-dua rakan baik itu terus berbual sehinggalah ke subuh hari.

    Tiawa merupakan seorang gadis kampung yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih baik setelah berjaya meraih sijil SPM. Di kampungnya itu, Tiawa berkawan rapat dengan Joyah. Mereka berdua ini sangat rapat dan sentiasa bersama walau ke mana pun. Pada satu hari, mereka berdua berpakat untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Idea mereka itu dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

    “Ingat Ti, nanti di Kuala Lumpur, perangai dan kelakuan itu kena jaga tau,” pesan ibunya kepada Tiawa. “Ala, ibu jangan khuatir ya, Ti tahu lah jaga diri, emak jaga diri ya,” jawab Tiawa kepada emaknya. Ayah Tiawa hanya berdiam diri melihat anak perempuannya itu berlalu pergi menaiki sebuah teksi.

    Tiawa dikenali sebagai seorang gadis yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Setiap bait kata-katanya, sangat sopan dan lemah lembut, namun apa yang menghairankan, Tiawa tidak pernah mempunyai teman istimewa, sentiasa berseorangan, nasib baik dia berkawan rapat dengan Joyah, ada juga rakannya untuk bersembang dan meluahkan perasaan.

    “Ti, awak dah sampai ke?, aku dah sampai ne, aku tunggu kau kat KL Sentral ya,” tanya Joyah yang sudah sampai lebih awal berbanding Tiawa. “Ya, aku dah sampai lah Jo, cepat jemput aku,” balas Tiawa lagi.

    Setelah beberapa tahun

    Berpakaian seksi, rambut kriting besar berwarna merah, berkasut tumit tinggi dan mengenakan kaca mata hitam, Tiawa berjalan menelusuri rakan-rakan sekerjanya di pejabat. “Waaahhhhh harumnya kau Ti, manis, semerbak,” teriak Ali, rakan sekerjanya kepada Tiawa. “Eshhh kau ne Li, pujilah aku cantik ke apa, ini tak, puji kita harum lah pulak, benci,” jelling Tiawa kepada Ali. “Ambooooiiiiiii, marah,” Ali ketawa terbahak-bahak.

    Setelah beberapa tahun di Kuala Lumpur, akhirnya Tiawa berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat swasta yang menjalankan operasi hartanah. “Hi Ti, awak buat apa tu?” tanya Joyah yang duduk bersebelahan dengan Tiawa. “Tak ada, ne tengah tengok-tengok tanah ne ah, nak dikemaskinikan, nanti boss kita nak tengok,” jawab Tiawa kepada Joyah.

    Selang beberapa minit kemudian, Tiawa mengambil cermin kecilnya lalu melihat dirinya, “Jo, kau tahu tak, aku ada menerima tawaran lah,” kata Tiawa kepada Joyah. “Wow, tawaran apa kau terima Ti?” tanya Joyah lagi. “Tawaran pembedahan plastik kat muka aku ne lah,” jawab Tiawa lagi kepada Joyah. “Apa!!! Tawaran apa tu, kau nak terima ke Ti?,” tanya Joyah lagi. “Itulah, rasanya aku nak terima lah Jo, aku nak juga cantik seperti kau,” tambah Tiawa lagi. “Eshhh kau biar betul, kau jangan Ti?” balas Joyah lagi.

    Sehingga ke hari itu, Tiawa masih belum mempunyai sebarang teman istimewa, pelbagai usaha sudah dia lakukan untuk menarik perhatian lelaki namun tiada seorang pun berjaya menawan hatinya. Dari imej seorang gadis kampung, Tiawa bertukar kepada seorang gadis yang moden dengan imej pakaian yang lebih terdedah, bersolek dan sebagainya, bak kata seperti Nursajat.

    Beberapa bulan selepas

    “Hello Jo,” tegur Tiawa kepada Joyah. “Eyhhh Ti, kau kah tue, kenapa wajah kau ne, kau terima ya tawaran itu, Ya Allah Ti, kau sanggup ya, ubah wajah kau kerana nak lebih cantik, kau tak takut ya,” kata Joyah kepada Tiawa. “Ala kau ne Jo, cubalah kata aku cantik ke apa, ini tak kau ceramah pulak aku, bencilah,” jawab Tiawa sambil berlalu pergi.

    “Excuse me dik, ada tak lagi kosmetik ne?,” tanya Tiawa ketika berada di sebuah kedai mekap di ibu kota. “Hihihihi, cantiknya aku, ini kalau aku beli, pasti ramai lelaki akan lebih merapati diriku,” bisik hati kecil Tiawa. Selepas membeli kosmetik tersebut, Tiawa berlalu pergi dan berjalan menelusuri kesesakan orang ramai. Ramai lelaki memandang wajah Tiawa dan melontarkan senyuman mereka, hati Tiawa terdetik gembira. “Waaa ada jugak kan senyum kat aku, happynya,” kata Tiawa di dalam hati.

    Namun setelah beberapa bulan berlalu, obses Tiawa terhadap barang kecantikan semakin melampau. Tiawa sering memuji dirinya dan menyebabkan Joyah rakan baiknya itu terasa terganggu dengan perangainya itu. “Eyhhh Ti, cuba jangan over tau, nanti muka kau rosak baru kau tau,” kata Joyah kepada Tiawa. “Weeeiiiii kau jeles kan, ahaha,” jawab Tiawa sambil ketawa.

    Pada satu hari, akibat tidak berpuas hati dengan kecantikannya, Tiawa bercadang untuk berjumpa dukun di sebuah kampung terpencil. “Jo, boleh tak, kau temankan aku jumpa dukun, aku tak puas hati lah dengan kecantikan aku ne,” kata Tiawa kepada Joyah. “Ya Allah, Ti, kau ingat tuhan ke apa ne, kau tak bersyukur ke, kau tu dah cantik tau, kenapa mesti pula nak jumpa dukun bagai ne,” balas Joyah kepada Tiawa. “Ala temankan ja lah aku, kau banyak ceramah lah, tak kira aku nak cantik Jo, tolonglah,” rayu Tiawa kepada Joyah. “Tak nak, kau pergi sendiri, aku dah nasihat kau, kau buatlah sendiri,” jawab Joyah membuatkan Tiawa panas hati. “Weeiiiii dah lah, aku tau kau jeles, sebab aku lagi cantik dari kau,” jawab Tiawa sambil berlalu pergi.

    Pada satu malam

    “Hehehehehehehehehe…………………” “Eshhhh bunyi apa pulak tu,” tanya Tiawa ketika dia memasuki rumahnya. Tiawa tidak mempedulikan bunyi itu dan berlalu pergi ke biliknya. Ketika di kamar mandi, Tiawa merenung wajahnya yang semakin berseri, cantik dan bertambah ayu. “Kini aku dah berpuas hati dengan wajah aku,” bisik Tiawa di dalam hatinya.

    Namun secara tiba-tiba, Tiawa terlihat seorang perempuan sedang duduk di meja solek di kamarnya sambil memandang dirinya. Tiawa terkejut dan terduduk melihat kejadian itu. Tiawa terkejut lantas menggosok matannya, namun kelibat wanita itu sudah hilang. “Eshhhh apa yang terjadi ne, hantu ke tadi tu?” tanya Tiawa seorang diri. Dirinya bagai tidak ada suara untuk menjerit tatkala melihat lembaga tersebut. Pada hari itu, Tiawa melakukan aktiviti rumah seperti biasa.

    Jam sudah menunjukkan 12.30 tengah malam, Tiawa masih belum dapat melelapkan mata, badannya terasa sangat panas walaupun alat penghawa dinding sudah dibuka. Tiawa masih terasa begitu panas. “Aduh, panasnya,” keluh Tiawa lagi. Tidak lama selepas itu, Tiawa seperti mendengar seseorang berjalan di ruang tamunya, kejap berlari kejap berjalan, hati Tiawa secara tiba-tiba berdenyut dengan laju. Perasaan takut mula menguasai diri Tiawa.

    “Aduhhh, siapa pulak tu, tadi kan dah aku kunci pintu, tak kan hantu pulak, aduh takut lah,” bisik hati Tiawa lagi. Tiawa cub a untuk memberanikan dirinya untuk memeriksa ruang tamunya itu. Secara tiba-tiba, lampu di ruang tamu yang dinyalakannya itu tertutup sendiri, Tiawa terkejut dan meluru masuk ke dalam biliknya namun terlanggar meja kecil yang terletak berdekatan dengan pintu biliknya itu menyebabkan dirinya terjatuh.

    Sedang dia terbaring, Tiawa terlihat satu lembaga sedang terbang di atas siling biliknya itu sambil tersenyum lebar kepada Tiawa. “Ya Allah…..” jerit Tiawa lalu pengsan tidak sedarkan diri.”Ti, bangun Ti, awak tak apa-apa ke,” Joyah cuba membangunkan Tiawa yang sedang terbaring di atas katilnya. “Jooooooo, aku terlihat hantu lah Jooo,” Tiawa memeluk Joyah dengan kuat.

    “Macam mana boleh ada hantu Tiawa,” tanya Joyah kepada Tiawa sebaik sahaja Tiawa mampu mengawal dirinya. Tiawa hanya berdiam diri dan seakan-akan tahu kenapa dia sering didatangi benda itu. Joyah hanya mampu memandang Tiawa yang kelihatan sangat pucat dan letih.

    “Awak nak saya call ibu dan ayah awak ke tak ne?” tanya Joyah kepada Tiawa. “Jangan Jo, aku tidak mahu menyusahkan mereka,” balas Tiawa kepada Joyah. “Esh kenapa pulak, dah tiga hari kau kurang sihat malah aku tengok kau ne semakin pucat lah pulak, tak terurus semakin hodoh ada juga aku tengok,” kata Joyah bagai menghiris lagi hati Tiawa.

    “Tolonglah Jo, jangan call mereka, aku takut Jo,” jawab Tiawa lagi. “Kau takut, takut apa, wei cakap kat aku, kau takut apa,” tanya Joyah lagi. “Apa……Itulah pasal kau sentiasa diganggu ne,”teriak Joyah kepada Tiawa. “Kan aku dah nasihat kau dulu, jangan keterlaluan, nah sekarang terimalah akibatnya,” nasihat Joyah kepada Tiawa. “Aku tahu Jo, aku tahu aku silap, aku terlalu obses,” balas Tiawa lagi.

    “Malam ne, temankan aku lagi Jo, tinggal sini, aku takutlah, benda itu masih ada kat sini lah, aku takut,” kata Tiawa lagi. “Macam ne lah Ti, aku panggil ustaz dulu ya, kau tinggal, kejap lagi aku datang balik,” kata Joyah kepada Tiawa. “Tak nak Jo, aku tak mahu tinggal seorang diri,” balas Tiawa lagi. “Ala kejap aje, kau buka radio, pasang TV ke apa, okey,” kata Joyah lagi sambil berlalu pergi.

    Akibatnya

    “Ahhhhhhhhhhh…..” Ti mengucap Ti, Joyah menyakinkan Tiawa. “Jo, tolong aku, aku tak sanggup Jo,” jawab Tiawa lagi. “Sabar Ti, ustaz dah nak ada ne, sabar ya,” jawab Joyah lagi. “Ya Allah… Ti, mengucap Ti,” Joyah cuba menyedarkan Tiawa yang tidak sedarkan diri di atas katilnya. Tidak lama selepas itu, Ustaz yang dipanggil oleh Joyah pun datang dan membantu meredakan suasana yang seram itu.
    “Joyah, kawan awak ini telah menggunakan barang yang tidak baik, barang yang dikutuk, sebab itu dia sentiasa diganggu oleh makhluk yang empunya barang tersebut. Kawan awak ini nak cantik sangat bukan?,” tanya ustaz itu kepada Joyah. “Betul ustaz, macam mana sekarang ini ustaz,” tanya Joyah lagi kepada ustaz. “Sekarang awak telefon mak dan ayahnya untuk datang dan jaga dia untuk beberapa minggu ini, jiwanya agak sedikit lemah ketika ini,” saran ustaz itu lagi.”Baiklah ustaz, ” balas Joyah.

    “Mak, ayah, Ti minta maaf ya, sebab melakukan perkara terkutuk itu, saya menyesal mak, ayah, Ti sangat-sangat menyesal dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” kata Tiawa sambil meletakkan kepalanya di paha ibunya, menyesal.

    Bagi anda yang ingin berkongsi cerpen misteri anda ke Media Permata, anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantarnya kepada mediapermata@bruneipress.com.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda