Akibat teruja, lupa baju raya

Teruja membuat persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata sulung, pelawak terkenal, Abam, 30, hampir terlupa membeli baju raya.

Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, sambutan lebaran tahun ini sememangnya lebih tertumpu pada persiapan menantikan kehadiran ‘orang baharu’ dalam kehidupannya dan isteri, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, tidak lama lagi.

Mengulas keterujaan menghitung hari untuk menjadi bapa, Abam berkata, dia belum mengetahui jantina zuriat dalam kandungan kerana mahukan kejutan.

“Menurut emak saya yang juga bekas bidan, kami mungkin menimang anak damit lelaki kerana isteri seperti malas bersiap dan sebagainya. Ada beberapa lagi tanda lain yang menunjukkan saya berkemungkinan menimang seorang putera. Apapun, perkara paling penting adalah kesihatan isteri dan juga anak yang bakal dilahirkan nanti. Lelaki atau perempuan, saya menerima rezeki kurniaan Allah dengan hati terbuka,” kata pelawak itu.

Abam mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu pada 8 Disember 2017. – Agensi

Abam berkata bahawa dia belum mengetahui jantina zuriat dalam kandungan kerana mahukan kejutan. – Agensi