Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Akim, Stacy timang anak kedua

    Penyanyi lagu Aku, Kau dan Muzik, Akim Ahmad, berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Stacy Anam selamat melahirkan anak damit lelaki.

    Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Akim atau nama lengkapnya Afiq Hakim Ahmad, 31, turut memuat naik gambar pertama cahaya mata keduanya itu.

    “Segala pujian selayaknya untuk-MU ya ALLAH. Pada jam 10:19 pagi, 6 Ogos 2022 bersamaan 8 Muharram 1444 Hijrah, isteriku tercinta Stacy Anam telah selamat melahirkan anak lelaki kami.

    “Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulisnya.

    Berita tersebut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut teruja dengan menyampaikan ucapan tahniah, selain kiriman doa buat pasangan popular itu.

    Pada Mac lalu, Stacy mengesahkan dia hamil anak kedua ketika usia kandungan mencecah empat bulan setelah ramai mula berteka-teki mengenai perubahan bentuk badannya.

    Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, dan seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 10. – Agensi

    Akim Ahmad mendedahkan bahawa Stacy telah melahirkan anak damit lelaki pada 6 Ogos lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...