BANDAR SERI BEGAWAN,13 JAN – Awang Muhammad Akmal Yamin bin Muhammad Luqman dari Pasukan SA Bladerz (SB) merangkul hadiah utama berupa sebuah TV HD apabila muncul juara pertandingan Beyblade X ‘3 on 3’ setelah menewaskan Awang Abdul Malik Sofri bin Mohd Ariffin dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau.
Manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Amsyar Waiz bin Wahab dari Pasukan DBos Beys (DB) setelah menewaskan Amiruddin bin Haji Abdi Manaf dari Pasukan Jakusha Bladers sekali gus menduduki tempat keempat.
Sementara itu, pemenang sagu hati lapan teratas dimenangi Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf (JB), Awang Abdul Malik Sofri bin Mohd Ariffin (JB), Shahdany bin Haji Mohid (UGX) dan Mohammad Aqmal bin Haji Matsah (DB).
Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, JB melebarkan jurang dengan memperoleh 196 mata diikuti DB 168 mata, Pasukan SB 146 mata dan Pasukan Underground X memperoleh 104 mata.