Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AKSE Bersatu kini dengan identiti baharu

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Pasukan AKSE Bersatu telah berhasil mencipta logo baharu yang beridentitikan semangat bersaing dan pada masa yang sama, ia juga mempamerkan semangat berpasukan yang teguh dalam kalangan komuniti kampung.

    Perkara tersebut adalah perkara yang ditekankan oleh Presiden AKSE Bersatu, Haji Fadillah bin Haji Samat ketika menyampaikan ucapannya semasa acara perasmian logo baharu di Dewan Mercury, Hotel Starlodge di Jerudong, kelmarin.

    Hadir bagi merasmikan logo baharu pasukan berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Logo baharu tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri kelab tersebut iaitu warna kuning dan merah serta slogan ‘Teguh Bersatu Setia Didadaku’.

    Sementara itu, penyampaian sagu hati juga diadakan sebagai sebuah penghargaan kepada bekas pemain AKSE, sekali gus memperingati hari ulang tahun kelab tersebut yang ke-10.

    Selain daripada itu, acara tersebut juga bertujuan untuk merapatkan silaturahim dalam kalangan pemain baharu dan lama, sekali gus memperingati khidmat komuniti Purih Kampung Rangau dan Kampung Setia kerana telah menyalurkan tenaga dan sebagai pencetus kepada penubuhan pasukan AKSE sejak 1960an.

    Sejak penubuhan kelab, gabungan antara AKSE dan AKSE Setia Bersatu, beberapa rancangan telah diatur dan dilaksanakan menerusi beberapa fasa antaranya ialah membina kerjasama dengan organisasi kebajikan dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti.

    Sementara itu, AKSE Bersatu juga merancang untuk mengadakan program kemajuan bola sepak akar umbi, yang akan menumpukan kepada penduduk di Kampung Setia.

    Selain itu, AKSE Bersatu juga telah membuat beberapa usaha dan langkah strategik bagi menyokong kemajuan dalam industri bola sepak tempatan.

    Pengiran Mohd Amirrizal bersama hadirin semasa majlis perasmian logo kelab AKSE Bersatu di Dewan Mercury, Hotel Starlodge, Jerudong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...