Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Pasukan AKSE Bersatu berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara 2018 setelah berjaya menewaskan Pasukan Perkasa FC dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Sungai Kebun, baru-baru ini.
Dua jaringan pada separuh masa pertama oleh pemain AKSE Bersatu, Awang Azim ternyata menambah lagi semangat pasukannya apabila pada separuh masa kedua, AKSE Bersatu berjaya menambah lagi jaringan yang dihasilkan oleh Awang Khoirul Anam yang merupakan pemain dari Banyuwangi, Indonesia.
Sementara itu, Awang Zainul Arrifin menambah lagi jaringan gol pasukan AKSE Bersatu sebelum pengadil meniupkan wisel tamat perlawanan.
Pasukan AKSE Bersatu yang mara ke perlawanan peringkat separuh akhir akan berentap menentang Pasukan Rainbow FC.
