Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Dengan perkembangan teknologi yang pesat, penyebaran ilmu pengetahuan tidak hanya terhad kepada kaedah lama tetapi kini ia boleh diakses melalui buku digital, bahan-bahan mudah alih serta laman sesawang.
Perkembangan itu, menurut Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, memberi kesan kepada misi dan peranan pendidikan tinggi di mana ia harus dinilai semula dalam keadaan masyarakat yang saling berhubungan dengan masa depan pendidikan tinggi harus berpusat kepada nilai tambah inovasi dan teknologi.
“Oleh itu, menjelang 2035, pendidikan tinggi dijangka akan berubah daripada keadaan pada masa ini, di mana kemungkinan berlaku pembelajaran jarak jauh dengan memanfaatkan sumber-sumber pakar bagi kepentingan lebih ramai pelajar,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian The Future Forum 2017 di Dewan Kuliah 2, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)