Akses Internet HK mungkin dikekang

HONG KONG, 7 OKT – Kerajaan Hong Kong mungkin mengekang akses kepada Internet dalam usaha untuk menangani bantahan prodemokrasi ganas yang semakin meningkat, ahli kabinet memberitahu AFP hari ini, selepas undang-undang darurat menegah para penunjuk perasaan memakai topeng muka gagal untuk menyuraikan pergolakan tersebut.

Amaran itu muncul ketika hab kewangan antarabangsa itu kekal lumpuh sebahagiannya dari tiga hari bantahan di mana cawangan perniagaan dan rangkaian kereta api bandar yang dilihat sebagai proChina telah teruk dimusnahkan.

Peningkatan dalam bantahan itu adalah tindak balas kepada pengumuman kerajaan Hong Kong pada Jumaat ia akan menggunakan undang-undang kecemasan era kolonial yang tidak digunakan selama lebih 50 tahun untuk menegah para pembantah dari memakai topeng muka. – AFP