Akses Internet India diputuskan

GUWAHATI, 13 DIS – Akses Internet India telah diputuskan di bandar timur laut India Guwahati hari ini ketika beribu-ribu orang berkumpul untuk melakukan protes ke atas undang-undang baharu kewarganegaraan, sehari selepas polis menembak mati dua orang penunjuk perasaan.

Protes ini terjadi minggu ini selepas kerajaan India mengenalkan undang-undang baharu yang ramai penduduk di timur laut percaya akan ada ramai pendatang dari negara jiran Bangladesh akan diberikan status kewarganegaraan, yang pengkritik lain berkata bersifat anti Islam.

Tidak ada keganasan yang baharu dilaporkan, namun Guwahati dan kawasan-kawasan lain masih terjejas selepas berlakunya kekacauan baru-baru ini, sesetengah jalan raya masih disekat dengan pokok-pokok, tiang konkrit, batu dan besi.

Banyak mesin tunai telah kehabisan wang dan beberapa buah stesen minyak juga telah ditutup.

Pegawai kerajaan tempatan mengatakan akses Internet di Guwahati, bandar utama daerah Assam telah dipotong dan seorang wartawan AFP mengesahkan akses Internet di sana telah diputus.

Kerajaan Meghalaya juga telah memutuskan Internet mudah alih di sebilangan kawasan bandar Shillong yang di bawah perintah berkurung sejak petang kelmarin.

Manakala, ratusan penumpang yang terkandas di lapangan terbang Guwahati dibawa ke bandar dengan bas kerajaan awal pagi tadi. –AFP

Para penumpang yang terkandas di lapangan terbang menaiki bas untuk menuju ke bandar Guwahati pada 12 Disember. – AFP