Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akses WiFi percuma sepanjang acara penting di BSB

    Pengunjung di Bandar Seri Begawan akan mendapat akses internet percuma selama tiga jam yang disediakan oleh TelBru di beberapa lokasi di ibu negara sepanjang acara penting Jubli Emas.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Telekom Brunei Berhad (TelBru) memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan akses WiFi percuma di sekitar ibu negara sepanjang acara-acara penting sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

    Pada 5, 14 dan 22 Oktober,  para pengunjung di ibu negara akan boleh mendapatkan akses Internet menerusi rangkaian Wi-Fi seluruh negara ‘TelBruWiFi@JubliEmas’ yang tersedia di beberapa lokasi iaitu Kompleks Membeli-Belah Yayasan, Burger King, the Coffee Bean and Tea Leaf, Sub Station, Excapade dan Another Café.

    Sementara itu, bersempena perarakan kapal-kapal dan perahu berhias, di samping lokasi-lokasi yang telah disebutkan, Tarindak D’Seni juga akan disediakan kemudahan yang sama bagaimanapun hanya pada 14 Oktober, TelBru menjelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda