Akshay Kumar positif COVID-19

Aktor Bollywood, Akshay Kumar didapati positif COVID-19. Melalui laman Twitter, Akshay Kumar membuat pengumuman bahawa dia didapati positif COVID-19.

“Saya ingin memberitahu semua orang bahawa, pada awal pagi ini saya telah didapati positif COVID-19. Mengikuti semua protokol, saya telah mengasingkan diri. Saya menjalani kuarantin di rumah dan telah mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan. Saya dengan setulus hati meminta agar semua orang yang mempunyai kontak dengan saya supaya mendapatkan ujian dan rawatan. Saya akan kembali beraksi nanti,” kata Akshay Kumar.

Akshay Kumar adalah antara salah seorang bintang Bollywood yang paling sibuk semenjak sekatan pergerakan telah dikurangkan pada tahun lalu. Dia telah memulakan dan menyelesaikan penggambaran untuk beberapa buah projek termasuklah Bell Bottom dan Atrangi Re, dan yang terkini, Ram Setu. – Agensi