Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aksi Black Panther berjaya tarik perhatian

    FILEM aksi terbaru terbitan Disney dan Marvel, Black Panther yang menampilkan Chadwick Boseman selaku pelakon utama berjaya mendominasi carta dengan jumlah kutipan sebanyak AS$192 juta dari 4,020 pawagam.

    Ia menampilkan latar sebuah bandar fiksyen, Wakanda, Afrika dan turut menampilkan ramai pelakon berkulit hitam seperti Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Daniel Kaluuya, Letitia Wright dan lain-lain.

    Bahkan pada hari pertama tayangannya, filem itu telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$25.2 juta di mana kutipan tersebut merupakan yang tertinggi setakat ini bagi filem yang ditayangkan pada sekitar bulan Februari

    Lebih menarik lagi, apabila kutipan yang berjaya diperolehi oleh Black Panther itu dikatakan berjaya mengatasi kutipan sebanyak AS$152 juta diperolehi Deadpool yang ditayangkan pada tahun 2016.

    Black Panther mengisahkan mengenai Raja T’Challa lakonan Chadwick Boseman, seorang pemerintah sebuah kerajaan yang memiliki kemajuan teknologi tinggi bernama Wakanda.

    Chadwick Boseman melakonkan watak Raja T’Challa dalam Black Panther.
    Antara aksi mencuit hati yang ditonjolkan dalam Peter Rabbit.
    Dwayne Johnson dan Nick Jonas merupakan antara pelakon yang membintangi filem Jumanji: Welcome to the Jungle.
    Filem The Greatest Showman diinspirasikan daripada kisah kehidupan pengurus sarkas, P.T. Barnum.
    Early Man merupakan sebuah filem animasi terbitan Lionsgate.

    Menyedari akan kehebatan bandar raya tersebut telah membuatkan Eric Killmonger lakonan Michael B. Jordan berasa iri dan secara tidak langsung mencetuskan konflik perebutan hak dan jawatan.

    Secara keseluruhan, kos pembikinan filem arahan Ryan Congler itu mencecah nilai setinggi AS$200 juta dan ia dikatakan bakal mengulangi kembali kejayaan yang pernah diraih oleh The Avengers sewaktu ditayangkan pada tahun 2012.

    Manakala, Peter Rabbit terbitan Sony pula dilihat berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dengan jumlah kutipan sebanyak AS$17.3 juta setelah ditayangkan di 3,725 pawagam.

    Filem ini dibintangi oleh James Corden yang melakonkan watak Peter Rabbit dan turut dibantu oleh Margot Robbie, Elizabeth Debicki, Daisy Ridley, Domhnall Gleeson dan Rose Byrne.

    Setelah ditayangkan selama dua minggu, filem komedi arahan Will Gluck itu telah berjaya mengumpulkan kutipan setinggi AS$48.2 juta.

    Juara pada minggu lalu, Fifty Shades Freed pula harus akur menduduki tangga ketiga setelah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$16.9 juta setelah ditayangkan di 3,768 pawagam.

    Fifty Shades Freed merupakan siri ketiga dalam francais filem romantik yang menggandingkan Jamie Dornan dan Dakota Johnson selaku pelakon utama.

    Walaupun filem ini tidak mendapat kelulusan tayangan di beberapa buah negara namun secara purata ia telah berjaya mengumpulkan kutipan domestik sebanyak AS$76.1 juta selama dua minggu.

    Menduduki tangga keempat adalah Jumanji: Welcome to Jungle dengan jumlah kutipan sebanyak AS$7.9 juta.

    Prestasi filem ini memang dikatakan agak cemerlang apabila berjaya menjuarai carta selama empat minggu berturut-turut .

    Secara purata, filem ini telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$377.6 juta setelah ditayangkan selama sembilan minggu.

    The 15:17 to Paris pula menduduki tangga kelima dengan jumlah kutipan sebanyak AS$7.7 juta setelah ditayangkan di 3,042 pawagam.

    Secara purata, filem terbitan Warner Bros yang mengisahkan mengenai tiga orang lelaki yang berusaha untuk menghentikan aktiviti serangan pengganas di sebuah kereta api Eropah itu telah berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak AS$25.4 juta setelah ditayangkan selama lapan hari.

    Selain itu, dua filem baru yang ditayangkan pada minggu ini adalah Early Man keluaran Liongates dan Samson terbitan Pure Flix Entertainment.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda