Aksi Federer masih berbisa

MELBOURNE, 22 JAN – Roger Federer meneruskan aksi cemerlangnya dan mengekalkan rekod terbaik beliau kali ke-20 dan berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga di Terbuka Australia selepas menewaskan Serb Filil Krajinovic kelmarin.

Juara enam kali itu pertama kali bermain di Melbourne pada tahun 2000 dan mempamerkan aksi yang sangat baik sehingga berjaya membawa dirinya ke separuh akhir sebanyak 14 kali serta tidak pernah tersingkir di pusingan ketiga pertandingan. Pemain berusia 38 tahun itu berjaya menguasai perlawanan semasa menentang pemain nombor ke-41 dunia Krajinovic dengan kemenangan 6-1, 6-4, 6-1 di Rod Laver Arena dan merupakan rekod beliau menang 4-0. – AFP

Aksi Roger Federer semasa perlawanan pusingan kedua menentang Filip Krajinovic di Kejohanan Terbuka Australia. – AP